BATU BERSURAT TERENGGANU by rosnie shahira

HUBUNGAN KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.
Pada 22 Februari 2003 lalu, Kerajaan pimpinan Pas Terengganu telah mengadakan sambutan besar-besaran sempena genapnya usia kedatangan Islam di Terengganu selama 700 tahun berdasarkan tarikh/tanggal yang tercatat di Batu Bersurat yang ditemui di Hulu Terengganu. Penemuan Batu Bersurat itu merakamkan betapa Islam telah ada di Terengganu sebelum 22 Februari 1303 telah mengubah sejarah awal yang menyebut bahawa Islam mula tiba di Malaysia melalui Melaka dalam tahun 1409 Masihi. Hampir semua buku sejarah mengatakan bahawa Islam di negara ini bermula di Melaka tetapi penemuan Batu Bersurat itu menyebut bahawa Islam tiba melalui Terengganu 100 tahun lebih awal iaitu 22 Februari 1303. Batu bersurat ini merupakan batu yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899. Pada Batu Bersurat Terengganu terdapat pula catatan nama Raja Mandalika yang telah memerintah dan melaksanakan syariat Islam.Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Peri pentingnya Batu bersurat ini akhirnya ia mengambil tapak dibulatan penyu sebagai tanda sejarah kedatangan Islam di Terengganu. Ianya juga cadangan penulis sendiri dalam sidang dewan undangan supaya mengalihkan patung penyu yang bersifat dan digantikan dengan tanda kedatangan Islam ke Terengganu itu. Ia pernah menjadi isu politik UMNO-BN dengan patung penyu ini yang amat dipertahankan oleh puak

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Islam masuk ke Nusantara, bukan dengan peperangan ataupun penjajahan. Islam berkembang dan tersebar di Indonesia justeru dengan cara damai dan berkat  hasil daripada kegigihan para ulama.HAl ini demikian kerana,  para ulama berpegang teguh pada prinsip iaitu ”Tidak ada paksaan dalam agama”(Q.S. al-Baqarah ayat 256).Adapun cara masuknya Islam di Nusantara melalui beberapa cara antara lain.
1. Perdagangan
Jalur ini dimungkinkan karena orang-orang melayu telah lama menjalin kontrak perdagangan dengan orang Arab. Apalagi setelah berdirinya kerajaan Islam seperti kerajaan Islam Melaka dan kerajaan Samudera Pasai di Aceh, maka makin ramailah para ulama dan pedagang Arab datang ke Nusantara (Indonesia). Disamping mencari keuntungan duniawi juga mereka mencari keuntungan rohani iaitu dengan menyiarkan agama Islam. Ertinya mereka berdagang sambil menyiarkan agama Islam.
2. Kultural
Penyebaran Islam di Indonesia juga menggunakan media-media kebudayaan, sebagaimana yang dilakukan oleh para wali sanga di pulau jawa. Misalnya Sunan Kali Jaga dengan pengembangan kesenian wayang. Ia mengembangkan wayang kulit, mengisi wayang yang bertema Hindu dengan ajaran Islam. Sunan Muria dengan pengembangan gamelannya. Kedua kesenian tersebut masih digunakan dan digemari masyarakat Indonesia khususnya jawa sampai sekarang. Sedang Sunan Giri menciptakan banyak sekali mainan anak-anak, seperti jalungan, jamuran, ilir-ilir dan cublak suweng dan lain-lain.
3. Pendidikan
Pesantren merupakan salah satu lembaga pendidikan yang paling strategis dalam pengembangan Islam di Indonesia. Para da’i dan mubaligh yang menyebarkan Islam diseluruh pelosok Nusantara adalah keluaran pesantren tersebut. Datuk Ribandang yang mengislamkan kerajaan Gowa-Tallo dan Kalimantan Timur adalah keluaran pesantren Sunan Giri. Santri-santri Sunan Giri menyebar ke pulau-pulau seperti Bawean, Kangean, Madura, Haruku, Ternate, hingga ke Nusa Tenggara. Dan sampai sekarang pesantren terbukti sangat strategis dalam memerankan kendali penyebaran Islam di seluruh Indonesia.
4. Kekuasaan politik
Penyebaran Islam di Nusantara, tidak terlepas dari sokongan yang kuat dari para Sultan. Di pulau Jawa, misalnya kesultanan Demak, merupakan pusat dakwah dan menjadi pelindung perkembangan Islam. Begitu juga raja-raja lainnya di seluruh Nusantara. Raja Gowa-Tallo di Sulawesi selatan melakukan hal yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Demak di Jawa. Dan para Sultan di seluruh Nusantara melakukan komunikasi, bahu membahu dan tolong menolong dalam melindungi dakwah Islam di Nusantara. Keadaan ini menjadi cikal bakal tumbuhnya negara nasional Indonesia dimasa akan datang.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.
Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran. |   |
Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.