REFLEKSI KENDIRI KUMPULAN 5 (SET33) by syuhada amani

NUR SYUHADA AMANI BINTI MD SANUSI P136004
Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, pertama kali saya ingin ucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, saya dapat membuat refleksi tugasan GGGE5013 Kurikulum dan Inovasi Dalam Pendidikan dengan sempurna. Tidak dilupakan juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang telah mengajar saya dalam subjek ini, iaitu PM Dr Rosseni Din yang telah memberi perkongsian ilmu, tunjuk ajar serta maklumat yang bermanfaat dalam kursus ini

Dalam menyiapkan projek ini, saya dapat mempelajari konsep inovasi dan teknologi serta kegunaannya. Dalam menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat mengasah lagi bakat dalam editing video dan mencari sumber maklumat. Mula-mula agak blur, tetapi setelah perbincangan dan idea dari ahli kumpulan baru saya lebih jelas untuk membuat projek ini. Dalam masa sama dapat menambah ilmu mengenai pahlawan melayu. Disini saya belajar sangat penting dalam berkomunikasi antara ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Pada masa perbentangan, saya dapat mengetahui ilmu CASPER. Sebelum ini saya tidak pernah dengar. Alhamdulillah sekarang saya lebih faham, dan ilmu ini penting dalam persiapan sebagai guru. Melalui kerja kursus ini , saya banyak jugak belajar untuk lebih menyiapkan diri sebagai guru sebagai contoh lebih yakin untuk bercakap dihadapan walaupun agak gugup.

Kesimpulannya, alhamdulillah dengan adanya kerja kursus ini dapat memupuk semangat Kerjasama dan tolong menolong antara ahli kumpulan walaupun berlainan negeri. Alhamdulillah saya diberikan ahli kumpulan yang banyak membantu dan menyumbangkan idea yang terbaik untuk digunakan bagi menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih banyak2 Dr. atas ilmu yang mahal ini. Semoga saya dapat aplikasikan ilmu yang Dr berikan dalam alam pekerjaan sebagai seorang nanti.

ZUHAIRI BIN ZAKARIA P135394
Assalamualaikum wbt, syukur alhamdulillah dengan segala puji bagi Allah SWT, dengan ini saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana segala urusan saya telah dipermudahkan untuk menyiapkan tugasan untuk subjek GGG E5013 Kurikulum dan Inovasi, pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada pensyarah untuk subjek  GGG E5013 Kurikulum dan Inovasi iaitu PM Dr. Rosseni Din, beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada kami sepanjang kami mempelajari subjek ini.

Sepanjang proses pembelajaran bagi subjek kurikulum dan inovasi dalam pendidikan saya dapat mempelajari mengenai pelbagai kaedah yang boleh kita aplikasikan dalam pembelajaran untuk para pelajar. Antara elemen yang boleh diketengahkan adalah elemen video, audio, tulisan, dan grafik. Antara platform yang saya  gunakan dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan bagi subjek ini adalah canva, capcut, voice recorder dan video editor. Segala aplikasi ini telah dirangkum penggunaannya dalam menghasilkan video ini.

Selain itu, melalui penghasilan video ini saya dapat mempelajari bahawa pentingnya penggunaan tulisan yang sesuai, pemilihan bunyi dan grafik yang menarik dalam video yang hendak dihasilkan. Hal ini demikian kerana melalui penerapan segala elemen yang sesuai ia akan menjadikan video ini bermanfaat dan memberi kefahaman yang jelas kepada audien semasa menonton. Perkara ini amat menarik minat saya untuk mempelajari ilmu berkaitan membuat video dengan lebih mendalam supaya dapat digunakan apabila saya menjadi seorang guru kelak. Diharapkan semoga melalui penghasilan video dari kumpulan saya ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar sekolah khususnya dalam mempelajari sejarah dato Maharaja Lela.

NUR ANIS NAZIHAH P135455
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, pertama sekali saya menzahirkan rasa syukur yang sedalam-dalamnya kepada Allah SWT kerana telah mempermudahkan segala urusan saya untuk menyiapkan tugasan berkumpulan dan tugasan refleksi GGGE5013 Kurikulum dan Inovasi Dalam Pendidikan dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PM. Dr. Rosseni Din kerana telah mengajar saya dalam subjek ini dengan memberikan segala tunjuk ajar, perkongsian ilmu juga maklumat yang bermanfaat dalam kursus ini.

Pada pertemuan pertama, kelas telah dijalankan di atas talian. Berdasarkan bilangan pelajar Set 33 yang terkini hampir 70 orang telah mendaftar set berkenaan. Kuliah telah dijalankan selama 2 hari dan pelajar juga diberikan tugasan secara berkumpulan dan individu untuk pertemuan kali ini. Bagi tugasan kumpulan, kami diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah video yang berdurasi maksimum 11 minit mengikut story board masing-masing. Manakala bagi tugasan individu pula pensyarah meminta pelajar untuk memberi pandangan tentang perjalanan kuliah yang telah dijalankan 2 hari selepas tamat kuliah.

Untuk tugasan berkumpulan, kami diminta untuk membina draf Spesifikasi Keperluan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Kumpulan kami telah memilih subjek sejarah Tahun 5: Dato’ Maharaja Lela kerana keinginan untuk lebih memahami peranan beliau dalam sejarah Malaysia terutamanya keterlibatannya dalam peristiwa penting seperti pembunuhan JWW Birch. Draf ini terbahagi kepada beberapa subtopik dan setiap kumpulan hendaklah membentangkan draf BBM pada hari kedua di pertemuan pertama. Hasil daripada pembentangan yang dibuat, Prof telah meminta kami membuat penambahbaikan pada objektif pembelajaran dan story board. Untuk pembahagian tugasan, kami telah membuat perbincangan kumpulan menggunakan platform Whatsapp dan saya ditugaskan untuk membuat 1 video berdurasi 2 minit daripada jalan cerita pada bahagian “kesan penentangan Dato’ Maharaja Lela” dan juga membuat kesimpulan. Dalam menghasilkan tugasan tersebut, saya telah menggunakan aplikasi canva, voiceover dan capcut. Saya juga mencari bahan grafik dan keratan video animasi di internet serta youtube dan tidak menjadi masalah kepada saya untuk menghasilkan video ini kerana di youtube telah banyak video-video animasi berkaitan dengan susun galur Dato’ Maharaja Lela untuk dijadikan sumber rujukan.

Selain itu, terdapat juga cabaran saya dalam menyiapkan tugasan ini seperti kekangan masa yang mana saya sibuk bekerja, tugasan yang banyak dari subjek-subjek lain, masa untuk berbincang bersama ahli kumpulan. Akan tetapi dalam menghadapi cabaran tersebut, Alhamdulillah saya dapat menyiapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan. Saya turut berterima kasih kepada ahli kumpulan yang lain kerana telah banyak membantu antara satu sama lain dalam menjayakan tugasan kumpulan.

Hasil daripada tugasan kumpulan kami, saya dapat memahami susun galur kehidupan Dato’ Maharaja Lela dengan lebih mendalam dan saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam penyuntingan video animasi dengan menggunakan aplikasi terkini. Seterusnya subjek Kurikulum Inovasi dalam Pendidikan ini juga dapat memberikan manfaat kepada saya supaya menambahbaikkan kaedah dan teknik pengajaran agar lebih berkesan dan menarik. Selain itu, subjek inovasi ini juga amat penting bagi mengenalpasti kaedah yang boleh menggalakkan pelajar agar lebih aktif di dalam kelas. Hal ini dapat membantu saya dalam mewujudkan idea-idea yang baru bagi menjalankan sesi pengajaran di dalam kelas sesuai dengan pendidikan abad ke 21.

ZULKIFLI JUPRINE P135625
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin menginfakkan beribu kesyukuran atas kekuatan dan semangat yang diberi sepanjang mengikuti subjek ini, yang sememangnya tidak mudah untuk belajar sambil bekerja. Kesibukan di tempat kerja serta kerja-kerja kursus untuk subjek DPLI ini sejujurnya sangat menguji kesabaran dan memerlukan kekuatan untuk menyelesaikan nya serentak.

Sepanjang penghasilan video, bermula daripada mencipta sebuah idea kepada “drafting”, proses penghasilan dan seterusnya video yang telah siap. Sepanjang penghasilan projek video untuk inovasi ini saya belajar banyak akan kemahiran baru dalam menggunakan aplikasi-aplikasi terkini seperti “Capcut” dan “Adobe Premier Pro”.  Ilmu untuk menggunakan applikasi ini bagi saya adalah sangat penting dalam menghasilakan satu inovasi untuk diterapkan dalam sistem pembelajaran.

Seterusnya, saya mendapati bahawa belajar melalui video adalah lebih menarik dan senang untuk difahami jika dibandingkan pembacaan buku teks terutamanya bagi subjek yang memerlukan pembacaan yang banyak seperti subjek sejarah dan biologi. Pembelajaran melalui video adalah selaras dengan kemodenan zaman sekarang, dimana flatform digital lebih banyak digunakan berbanding flatform fizikal seperti buku teks. Saya percaya bahawa inovasi seperti ini juga berkesan dan sesuai untuk diterapkan dalam sekolah-sekolah di Malaysia.

Akhir sekali, sepanjang proses penghasilan video, saya dapat melihat bahawa walaupun rakan sekumpulan yang lain berada jauh di semenanjung dan saya berada di Sabah, tetapi komunikasi dan kerjasama dalam kumpulan kami sangat baik walaupun hanya berinteraksi melalui “whastapp” dan “zoom meeting”. Seperti pengalaman semasa kelas online  sebelum ini, mempunyai ahli kumpulan yg berjauhan sememangnya agak mencabar dalam melaksanakan kerja kursus secara berkumpulan. Interaksi dan komunikasi yang baik daripada setiap ahli kumpulan ini menjadi faktor utama dalam menyiapkan kerja ini. Hasil daripada ini, secara tidak langsung sedikit sebanyak telah meningkatkan “soft skill” saya.

NUR SYASYA AMIRAH BINTI MD SANUSI P135350
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, pertama sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah mempermudahkan segala urusan saya untuk menyiapkan tugasan berkumpulan bagi subjek GGGE5013 Kurikulum dan Inovasi Dalam Pendidikan dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PM Dr. Rosseni Din kerana telah mengajar saya dalam subjek ini dengan memberikan segala tunjuk ajar, perkongsian ilmu juga maklumat yang bermanfaat dalam kursus ini.

Pada akhir sesi pengajaran, secara keseluruhannya saya mendapati hasil pembelajaran dalam subjek GGGE5013 tercapai di mana saya dapat mengenal pasti teori dan konsep inovasi dalam pendidikan. Pada awal pembelajaran, Dr. Rosseni memberikan pendedahan berkenaan teori dan konsep asas perancangan, model reka bentuk pengajaran, visual dan grafik dalam pendidikan, penilaian dan topik yang akan dibincangkan di dalam kelas. Selain itu, saya juga mendapat beberapa input yang berguna iaitu peranan seorang guru adalah sangat penting dalam mereka bentuk semula pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai supaya murid dapat mengikuti pembelajaran mengikut arus pembelajaran semasa. Dr. Rosseni juga membincangkan inovasi dalam pendidikan.

Dalam perkembangan penghasilan video ini, saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang tokoh pahlawan melayu dan mengambil iktibar daripada cerita Dato’ Maharaja Lela yang berjuang untuk mempertahankan tanah melayu. Seterusnya, perbincangan dalam kumpulan ini dapat memupuk nilai-nilai positif dalam diri seperti bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja-kerja yang dibahagi pada awal perbincangan, menepati masa untuk menghantar tugasan yang perlu disiapkan dalam masa-masa tertentu dan juga mengajar saya untuk lebih berdisiplin dalam menyiapkan tugas supaya kerja yang dilakukan nampak kemas dan tidak berterabur. Jangan hanya membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga. Melalui perbincangan berkumpulan ini juga, saya dapat berinteraksi dengan rakan-rakan yang datang dari pelbagai negeri serta ahli kumpulan saya dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan ini.

Secara kesimpulannya, saya sedar bahawa pentingnya untuk mempelajari ilmu Kurikulum dan Inovasi dalam Pendidikan (GGGE5013) tambahan lagi kita berada pada era digital yang memberikan tampak yang begitu besar terhadap kehidupan dewasa ini. Saya juga sedar bahawa penggunaan teknologi dalam Pendidikan telah menunjukkan kesan positif bukan sahaja terhadap gaya hidup, tetapi juga memberi impak kepada bidang pendidikan. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya perlu sentiasa mengkaji cara, bahan dan mencari strategi demi menghasilkan sesuatu pembelajaran supaya ilmu yang disampaikan itu dapat diterima dengan mudah oleh anak murid. Saya bercadang supaya subjek ini dapat diteruskan untuk pelajar akan datang, supaya pelajar dapat sentiasa berbincang mengenai inovasi yang dapat digunakan dalam Pendidikan.

NURAIN NUR BINTI AZMAN P135352
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pertama sekali syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan bagi subjek GGGE5013 Kurikulum dan Inovasi Dalam Pendidikan. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah saya iaitu PM Dr. Rosseni Din di atas tunjuk ajar dan dorongan serta tidak jemu dalam menyalurkan ilmu pengetahuan.

Hasil kerja yang telah dihasilkan iaitu video projek bertajuk Pahlawan Melayu Dato’ Maharajalela merupakan tugasan pertama yang saya jalankan bersama-sama dengan rakan sekumpulan. Pada pendapat saya, dari segi keseluruhan masih banyak aspek yang dapat ditambah baik khususnya pada cara penyampaian dan penggunaan alat inovasi kerana saya masih perlu belajar dalam pelaksanaan hasil kerja yang betul.  Walau bagaimanapun, saya berasa gembira kerana kami sekumpulan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Dr Rosseni. Justeru, saya berpuas hati dengan hasil video projek dan tugasan laporan yang dihasilkan oleh kerana komitmen yang diberikan oleh ahli kumpulan kami sangat tinggi.

Dalam pada itu, isi pengajaran yang terkandung dalam penghasilan video projek tersebut sangat berkait rapat dengan topik pembelajaran pelajar di sekolah kerana kami memilih tajuk yang merujuk kepada DSKP sejarah darjah 5 yang memfokuskan kepada para pelajar. Oleh hal yang demikian, segala perincian isi yang terkandung dalam video tersebut dapat digunapakai oleh para pelajar untuk memahami dan memudahkan para pelajar untuk mengingati peristiwa yang terjadi kepada Dato Maharajalela. Tambahan pula, video tersebut juga mampu dijadikan sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang membantu guru untuk menjelaskan kepada pelajar tentang topik sejarah kerana pelajar kebiasaannya lebih tertarik dengan bahan rujukan yang berbeza seperti video.

Secara keseluruhannya, saya berharap agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan di samping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan saya dalam kursus ini adalah dapat memberi manfaat kepada kami terutamanya dalam teknologi maklumat kerana perubahan dalam institusi pendidikan kini mementingkan kualiti pembelajaran yang lebih berkesan.

WAE NURUL SYAFIQAH BT WAE ASMAN USENG P135600
Assalamualaikum wbt, syukur alhamdulillah dengan segala puji bagi Allah SWT, dengan ini saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana segala urusan saya telah dipermudahkan untuk menyiapkan tugasan refleksi GGG E5013 Kurikulum dan Inovasi, pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi- tinggi terima kasih kepada pensyarah untuk subjek  GGG E5013 Kurikulum dan Inovasi iaitu PM Dr. Rosseni Din, beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada kami sepanjang kami mempelajari subjek ini.

Dalam matapelajaran  GGGE5013 Kurikulum dan Inovasi, saya mempelajari cara menggunakan aplikasi Canva dan Capcut untuk menghasilkan video yang menarik. Misalnya, cara menggabungkan video, cara meletakkan audio melalui telegram, penggunaan font yang sesuai dan sebagainya. Melalui projek ini, saya dan rakan-rakan dapat menghasilkan video Dato Maharaja Lela dengan menggabungkan pelbagai elemen-elemen menarik agar dapat menarik minat pelajar sekolah. Seterusnya, penghasilan video Dato Maharajalela memberi pemahaman kepada saya dengan lebih jelas dan terperinci mengenai sejarah pahlawan melayu. Secara tidak langsung, projek ini dapat memberi pendedahan kepada saya agar dapat mendalami sejarah dengan lebih baik.

Akhir sekali, sepanjang projek ini dilaksanakan saya mempelajari sikap kerjasama dalam ahli kumpulan. Kami bersama-sama menyiapkan tugasan masing-masing walaupun ianya dilaksanakan secara atas talian, komunikasi yang baik dan sikap bertolak ansur juga menjadi asbab projek ini berjaya. Sikap kerjasama ini telah memberi kesan positif dalam diri saya, sikap tersebut akan saya terapkan pada masa akan datang.

NUR ILHAM AMALIN BINTI ZAABAR P135346
Alhamdulillah, pertama kali saya ingin ucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya saya dan Kumpulan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan baik. Dengan ini,saya dapat membuat refleksi tugasan GGG E5013 Kurikulum dan Inovasi Dalam Pendidikan dengan sempurna. Tidak dilupakan juga saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang telah mengajar saya dalam subjek ini, iaitu Prof.Madya Dr Rosseni Din yang telah memberi perkongsian ilmu, tunjuk ajar serta maklumat yang bermanfaat dalam kursus ini.

Proses menghasilkan video inovasi yang memerlukan kemahiran pengeditan yang tinggi sangat mencabar bagi saya. Tetapi, dengan tugasan ini, Kemahiran pengeditan saya yang awalnya berada pada tahap permulaan dapat ditingkatkan dan dibaiki lagi dengan adanya bantuan dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang lain. Selain itu, dalam kursus ini juga saya dapat mengetahui dan meneliti proses yang sebetulnya yang seharusnya digunakan dalam merancang Pembangunan video inovasi terutama untuk tujuan pembelajaran. Saya akui bahawa sebelum ini dalam aktiviti pembuatan video yang saya jalankan tidak mengikut perancangan dan proses yang sepatutnya, dan pada akhirnya hasil projek tidak begitu lancar. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dan teguran daripada pensyarah tentang proses dan platform yang kami boleh gunakan dapat saya pelajari dan akan diguna pakai pada masa hadapan.

Seterusnya, saya dapat mengetahui sejarah Dato’ Maharajalela dengan lebih mendalam. Nama Dato’ Maharajalela ini sangat biasa didengari tetapi segelintir tidak mengetahui sejarah beliau secara terperinci termasuk diri saya. Bagi saya dengan adanya video inovasi ini Sejarah tentang seorang tokoh mudah difahami dengan baik, dan saya sendiri merasakan cerita perjuangan beliau sangat menarik dan terdapat banyak nilai.

Akhir sekali, kursus ini telah membuka minda saya dan memberikan saya banyak idea tentang bahan bantuan mengajar yang dapat digunakan dan dapat menarik minat pelajar dalam setiap pembelajaran.

REFLEKSI KUMPULAN 5
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada PM Dr. Rosseni Din selaku pensyarah untuk subjek ini. Alhamdulillah, berkat kerjasama  kumpulan kami dapat menyiapkan projek ini. Kami dapat berkomunikasi dengan baik sesama ahli kumpulan walaupun atas talian. Melalui kerja kursus ini , kami memperoleh pengalaman berinteraksi dan kerjasama yang baik bersama rakan tanpa mengira latar belakang. Walaupun agak susah berkomunikasi atas talian, alhamdulillah kumpulan kami dapat menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan.

Melalui projek ini, kami dapat pelbagai ilmu pengetahun yang baru yang belum pernah kami pelajari. Semoga kami dapat manfaatkan di sekolah apabila kami mengajar nanti.

Selain itu, kami dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam menghasilkan video. Kami menggunakan aplikasi Capcut. Semasa menyiapkan projek ini, kami dapat mendalami lebih lagi cara penggunaan Capcut. Slide perbentangan juga kami menggunakan Capcut.

Di samping itu, dalam menyiapkan projek ini, kami dapat memahami berkaitan susur galur Dato maharaja lela dengan lebih jelas dan terperinci. Ini dapat menaikkan semangat patriotik dalam diri kami demi memperjuangkan hak orang melayu.Melalui kursus ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam sejarah Dato Maharaja Lela dalam memperjuangkan hak.

Kami juga dapat mempelajari konsep inovasi & teknologi serta peranannya. Walaupun pada mulanya agak pening,  alhamdulillah setelah bertukar idea dengan semua ahli kumpulan kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kami juga dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, saling tolong menolong dalam kerja berkumpulan.

Kesimpulannya , terima kasih kami ucapkan kepada Dr Rosseni Din atas ilmu yang diberikan. Semoga kami dapat memanfaatkan ilmu yang diberi dan semoga kami dapat terapkan dalam diri dan aplikasikan di sekolah nanti.